amat sukat untuk menjadi diri kita sendiri....

Thursday, December 27, 2012

cuti krismas baru nieh..... cuti g p Penang....
huhu....nnt kita upload kisah2 disana ya....
tunggu.....

Wednesday, December 19, 2012

Hari diam tak diam da 20/12/12.... xsampai 10 hari lg aku da nak babis bulan ke tiga praktikal nie..... bulan depan da bulan ke 4...yahuuuu....!!!
tapi tu la kan bak kata org....makin meningkat masa kita akan bertambah pengalaman samada manis atau sebaliknya. kehidupan aku kat sini bergelar seorang pelajar praktikal sedikit sebanyak mengubah siapa diri aku yang sebenarnya. sebelum ini hanya perlu bersiap ke kelas seawal 9 pagi....rehat minum di cafe... berjalan yang sentiasa diiringi oleh rakan-rakan. balik kelas jam 12 dan kelas ptg belum tntu. adakalanya hanya kelas di dalam mimpi. tidak perlu runsingkan apa2 kecuali exam.... susah??? tak sesusah apa yang aku alami sekarang. dari luarannya.... mungkin seperti rakan2 yang lain jgak aku ade juga teman sekerja. namun setiap langkah disini setiap patah yang keluar dari mulut harus berhati-hati kerana sentiasa aku berdepan dengan musuh dalam selimut.... terkongkong hidup ini aku rasa......
tapi apapun yang berlaku akau harus kuat untuk menjalani tiga bulan akan datang....untuk aku menamatkan semuanya dengan jayanya.....


Thursday, December 6, 2012

MELLY GOESLOW - LELAKI IDAMAN.flv



jom layan lelaki idaman....
semoga rakan 2 semua jumpa dengan lelaki idaman anda....
lelaki yg menyayangi anda dengan tulus.....

Wednesday, December 5, 2012

titisan hujan....

cantikkan...???
subahanallah...... Maha suci Allah yang maha pencipta.....

Tuesday, December 4, 2012


sekarang ni popular sungguh hidangan ini....
tapi pada penggemarnya mungkin satu hidangan yang menyelerakan....
namun bagi sesetengah inividu ia memeningkan....hehe....
tak semua peminat durian mkn crepe durian ini... tapi kat sini kita bg dah resepinya kepada yang ingin mencuba kan...huhu....selamat mencuba...kalau de penambahbaikkan kita share la sesame ye......


Bahan bahan
250 gm tepung gandum
3 biji telur ( reen guna 2 biji telor gred A)
500 ml santan                                                                                                
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh pes pandan dan sedikit pewarna hijau untuk kulit berwarna hijau
1 sudu teh pewarna kuning untuk kulit berwarna kuning
Cara : 
1) Satukan semua bahan & masukkan dalam blender dan kisar.Kemudian tapiskan
) Panaskan non-stick pan
3) Bubuh sikit minyak reen guna minyak jagung sapu guna tissue 
4) Tuang 1 senduk ke dlm  non-stick pan.
5) Angkat pan lenggokkan bulat ikut arah jam macam lenggok inul ye supaya cantik bulat
6) Bila dah masak angkat dengan perlahan romantik2 gitu .tak perlu terbalikkan
7) Ulang hingga adunan habis.

Bahan inti :
1 cawan Non dairy Whipping Cream
Isi durian secukupnya

Pukul Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan isi durian dari bijinya.

 Cara :
Bentangkan 1 keping crepe
Letakkan Whipping Cream di tengahnya
Letakkan isi durian
Tutupkan semula dengan Whipping Cream
Lipatlah crepe
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar
Enak di hidangkan dingin

sahabat.....?

erti sahabat bukan lah hanya terletak kepada satu ikatan antara dua manusia yang sama dipersetujui. namun erti sahabat sebenarnya lebih dari itu. lebih dari apa yang kita sangkakan. kalau tidak, tidak mungkin org bijak pandai berkata dari sahabat boleh manjadi kekasih namun dari kekasih jarang yang dapat menjadi sahabat. sahabat adalah insan yang ada diwaktu kita susah. bukan sahaja dikala senang. semasa kita susah...insan yang berada disamping kita selain keluarga adalah sahabat. insan yang bergelar sahabat ini adalah insan yang tidak aku berkira apa pun untuk membantu anda samada anda meminta atau sebaliknya. namun begitu...seringkali kita melupakan mereka dikala kita mendapat kesenangan. dengan mudah kita mencicirkan mereka dikala kita bersuka. dan kita akan mencari dikala duka. disaat kita tidak diberi perhatian....dicemuh, di umpat dan sebagainya....dia tidak pernah lekang dari sisi kita supaya kita tidak merasa keseorangan menghadapi kesusahan..... terbalaskah kita jasa mereka yang bergelar sahabat ini...... sama2 kita renungkan dan nilaikan siapa yang layak digelar sahabat dalam hidup kita......

Cinta Halal ^_^

sekali kita terjatuh jangan takut untuk belajar berdiri...dan jangan gentar untuk belajar berlari....teruskan usaha jangan kenal erti putus asa. tinggalkan mereka yang ingin melihat kegagalan anda dan teruskan dengan mereka yang ingin melihat kejayaan anda..... siapa tahu...rezeki di bumi Allah ini sentiasa anda sehingga matahari terbit dari barat. Jadi tidak perlu risau kata mereka yang ingin melihat kegagalan anda, jadikan ia satu semangat untuk anda terus berjaya.....

Cinta Vlog Full Movie - Wawa Zainal & Aliff Aziz